Tuesday, October 18, 2011


Program Peningkatan Akademik UPSR 2011
















MAKLUMAT TERKINI SKPM 2011
Jumlah murid      : 603 orang
Jumlah guru        : 46 orang
Guru Besar          : Puan Noormala  Bt  Zainal Abidin
PK ( Kurikulum )   : Pn Sabariah Bt Jasid
PK ( HEM )           : Pn Mazilah Bt Ismail
PK ( Kokurikulum ): En.Azman Bin Ismail

Monday, October 17, 2011

Visi Perkhidmatan

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015

Falsafah

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap , berkesan dan beretika yang berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek , jasmani , emosi dan rohani  serta beriman dan beramal soleh

Pembimbing Rakan Sebaya SK Padang Menora

Piagam Pelanggan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Padang Menora

1. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.

2. Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.

3. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.

4. Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.

5. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.

6. Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam.

7. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.

8. Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling.

9. Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika.

10. Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negara.

Warna-warna keceriaan bilik Bimbingan dan Kaunseling SK Padang Menora






Objektif Am Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

  1. memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang,kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar
  2. memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin,penggunaan dadah,merokok,laku musnah,peras ugut,menyertai pertubuhan haram dan tingkah laku anti sosial yang lain
  3. memberi khidmat bersifat pemulihan(remedial) dengan tujuan mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi,pelajaran,kerjaya dan sosial supaya pelajar mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka.
  4. memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya.

Visi Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Padang Menora

Mewujudkan Iklim Pendidikan Yang Kondusif, Teraputik Dan Efektif Dari Aspek Fizikal Perhubungan Dan Pengurusan Berteraskan Konsep Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Berkualiti Secara Menyeluruh Dan Berkesan Demi Kecemerlangan Murid Dan Sekolah.

Misi Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Padang Menora,

Bagi  merealisasikan visi, Unit Bimbingan dan Kaunseling  akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
  • Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar

Saturday, October 15, 2011

Penceramah Jaya Waris Tahun 6 oleh En.Ahamad Bin Daud,Kaunselor SM.Teknil Kulim,Kedah
Pelajar Tahun 6 tekun mendengar taklimat Oleh En.Ahamad Bin Daud,Kaunselor SM.Teknik, Kulim

Motivasi kepimpinan





Movasi Pengawas 2011
Motivasi Pengawas SKPM 2011
Penceramah Jaya Waris Tahun 6 oleh Ustaz.Hassan,Guru Besar SK.Permatang Janggus.
Barisan waris tahun 6