Thursday, October 20, 2011
Tuesday, October 18, 2011
Monday, October 17, 2011
Visi Perkhidmatan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015
Falsafah
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap , berkesan dan beretika yang berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek , jasmani , emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh
Piagam Pelanggan Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Padang Menora
1. Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.
2. Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.
3. Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.
4. Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.
5. Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.
6. Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam.
7. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.
8. Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling.
9. Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika.
10. Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negara.

Objektif Am Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
- memberi khidmat penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang,kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi pelajar
- memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan pelajar daripada terlibat dalam perbuatan salah laku seperti tingkah laku tidak berdisiplin,penggunaan dadah,merokok,laku musnah,peras ugut,menyertai pertubuhan haram dan tingkah laku anti sosial yang lain
- memberi khidmat bersifat pemulihan(remedial) dengan tujuan mengorientasikan semula pelajar yang bermasalah peribadi,pelajaran,kerjaya dan sosial supaya pelajar mampu menghadapi dan mengatasi masalah mereka.
- memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar-pelajar yang memerlukannya.
Visi Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Padang Menora
Mewujudkan Iklim Pendidikan Yang Kondusif, Teraputik Dan Efektif Dari Aspek Fizikal Perhubungan Dan Pengurusan Berteraskan Konsep Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Berkualiti Secara Menyeluruh Dan Berkesan Demi Kecemerlangan Murid Dan Sekolah.
Misi Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Padang Menora,
Bagi merealisasikan visi, Unit Bimbingan dan Kaunseling akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
- Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
- Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
- Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
- Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
- Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar
Subscribe to:
Posts (Atom)